|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Kenali hati budi seorg lelaki
|
|
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Citer Kelakar....
|
|
"Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan".
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala… Allah Ta'ala…" Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur la ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
. Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang. He heee…"
Tok imam pun terkedu & terpana…
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Jantina anak dari hubungan kelamin
|
|
Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nutfah ke rahim sewaktu jima', iaitu dari segi samaada mani suami atau isteri terdahulu keluarnya dari banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam kitab 'Ubab'.
Menurut Sheikh Ajhuri, anak dijadikan oleh Allah s.w.t. dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika manai lelaki itu banyak daripada mani perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak maka akan menyenrupai ibunya.
Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.
1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal lahir adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.
2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.
3. Mani lelaki dahulu keluar, tapi mani perempuan yang banyak, bakal anak yg dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai ibunya.
4. Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki banyak, bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai bapanya.
5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan, bakal anak yang dilahirkan adalah lelaki yang tiada serupa dengan bapanya atau ibunya.
6. Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki, bakal dilahirkan anak perempuan yang tiada serupa dengan bapa atau ibunya.
Tersebut juga di dalam Syarh Hadis sekiranya tiada dikatahui samada keluar atau tidak mani kedua-duanya maka anak yang bakal lahir itu adalah lelaki dan perempuan (tidak dapat ditentukan jantinanya)
Apabila diteliti akan tanda-tanda pengenalan ini, disedari bahawa amatlah sukar bagi dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa terlebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki berenang menuju ovum itu bagi bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yan dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian. ..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 16:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Senja yg menginsafkan.....sedih plak
|
|
" Elok-elok la sikit," kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian
Ahmad. Ahmad tersenyum memandang
isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad
mencubit pipi Julia lembut. "Ayah,
ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru
masuk ke bilik kerana dah tak sabar-
sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia
hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang
comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk
cuti panjang." Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang empat jam.
Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi
belakang , Begitu juga dengan
isterinya,Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan
minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad
semakin seronok.
Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya
lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan
dipotongnya.Bangga betul Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"
tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat
sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa... . jangan laju sangat bang, Julia
takut." Julia
cuba
memujuk Ahmad supaya
memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad
terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.
"Haaa..
kan
, tengok. Tak ada apa-apa
kan
?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu
lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa.... ." Ahmad
terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk
memotong dan... .di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan... ... BANG!!.
"Julia... .bangun nak," sayup-sayup
terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza,
Linda... .mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya.
Julia tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-
tepat.
"Maca mana dengan suami Julia mak,
abang Ahmad?" Julia masih
terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam
tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka
dahlah tak cun, study pun malas, kerja
pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa
punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur
lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
pegi sembahyang! Asar pun dah nak
habis!" emaknya terus merungut sambil
berlalu keluar... ... .. dan Julia
tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Moral cerita: Solatlah Asar terlebih
dahulu sebelum dipelempang oleh ibu
anda.
MUAHHAHAHAHAHAHAH!!!!!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 12:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Wudhuk Zahir dan Batin
|
|
Wudhuk zahir dan batin
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
>
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?"
Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim
berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
>
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."
>
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
>
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
>
Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada
Sahabat-sahabat
>
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi
kebaikan,IinsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
>
Salam Ukhwah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 07:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Mengapa Wanita Sgt Istimewa
|
|
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.".. i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal
masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kaian lap je lah...
Tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... ok settle...
baru teringat tak semayang lagi... on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping.... alamak.. telupa pulak masukkan botol... basuh botol jap... ok settle...
Ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 beg coklat... cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap kat
yellow sticker, nanti lupa.. ok settle...
Tetiba dengar suara papa...".. u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."....".. yelah nak tido la ni.. nak smayang jap..."
Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu..2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
pulak... huhuhuhu...
Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh ... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..
Dgr suara papa lagi...".. i dah ngantuk ni..".. dalam pada nak masuk ke bilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lu pa dah 3 hari tak siram... ok, siram
jap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku... bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyak nya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah ...
Ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm,tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...
Aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .. mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv..."... i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....
So?.... apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?... SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat... pasti anda disayangi kerana memahami mereka... well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Aug-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Minggu ku
|
|
Hari nie tak de game ..tak de wat apa...just kemas umh..buat preparation utk anak2 sekolah, masak n baru bwk anak2 p jejalan ptg2....
cian kat diaorg put3 saya tue...asyik terperap jer kat umh....jadi bawaklah diaorg p main kat Taman Tesco, Ampang....itu lah tempat pilihan diaorg..lagi pun tak lah kena panas...nak jaga kulit tue
Adik ngan kakak



|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Aug-2008 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perlawanan Badminton Anjuran Syarikat PROTECH
|
|
Hari ini saya mengikuti perlawanan badminton anjuran syarikat PROTECH di Sport Planet Ampang.
Perlawanan yg diadakan adalah utk REGU LELAKI dan REGU CAMPURAN.
Saya adalah pemain jemputan mereka.seronok jgk suasana..heppening..he3
So perlawanan tamat jam 4ptg...saya dan pasangan regu saya mendapat tmpt Ketiga
view la picture
me n my best frnd
tmpt ke 3 mix
beraksi
ist prize..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Aug-2008 09:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Citer Kelakar....
|
|
1. mayat orang tua dikeluarkan dari peti simpanan mayat untuk dikebumikan.....apabila dikeluarkan...
ada air mengalir di muka mayat orang tua tersebut..seakan peluh....
dengan rasa ketakutan... cucu orang tua itu pun memanggil isteri kepada si mati...
'Nenek!muke atuk kuar peluh!' nenek pon dengan tenang merapati cucunya dan berkata
'Atuk kamu 1st time meninggal...mestila die nerbes s i ket....'
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Jul-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday 7th Years Old My Sweet Dear - Nur Syafiqah Amirah
|
|
Hari ini Genap umur syafiqah 7thn....Selamat Hari Jadi kakak yg ke 7thn.......
Diraikan Di Sekolah Kebangsaan bersama kawan2 sekelasnya. Begitu gembiranya terpancar dimuka ika kerana kali pertama meraikan hari jadi disekolah
Semoga ika menjadi anak yg solehah dan belajar bersungguh demi mencapai kejayaan.
Ibu Doakan kakak akan berjaya kelak
Kedai Kek sama nama ibu
Cikgu dan Kakak
Selamat Hari Jadi Kakak
Kek Kakak
kakak, cikgu dan kawan2
Semoga kakak menjadi anak yg solehah
salam sayang dari Ibu, Abah, Atuk dan Adik
|
|
|
|
|