|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
perlawanan persahabatan Bola Jaring dgn Risda
|
 |
|
My Team (Kuning)
|
|
 |
|
Tgh berentap..he
|
|
 |
|
aksi dasyat
|
|
|
Perlawanan persahabatan antara syarikat kami dgn Risda....bermula pukul 6ptg
panas waktu nie...lepas habis kerja, beriadah plak. Perlawanan berakhir jam 7 ptg
keputusan perlawanan :
Pusingan pertama
PERNEC vs RISDA
7 - 0
Pusingan Kedua
PERNEC vs RISDA
8 - 0
Pusingan Ketiga
PERNEC vs RISDA
6 - 3
Perlawanan Permulaan
Perlawanan Kedua
Perlawanan terakhir
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 08:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - AIR TANGAN ORG YG TAK SOLAT
|
|
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Jul-2008 12:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Kematian Sebagai Pengajaran
|
|
semua yg hidup akan melaluinya..walaupun sebesar zarah..tiada yg t'kecuali....
CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN
(Untuk peringatan diri sendiri)
Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan )
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Hari yang ke....??
Dan saksikan... bahawa KEMATIAN ITU ADALAH BENAR. DAN..
SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Jul-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kejohanan Bola Tampar Anak Syrkt PNB
|
|
Kejohanan Bola Tampar Yg Diadakan DiDewan MBSA, Shah Alam pada 27/7/08 jam 8.30pg...
Syarikat CCM adalah penganjur utk kejohanan ini. 7 Wakil syarikat lain dari anak syarikat PNB seperti PERNEC, NORTH PORT, MAYBANK, CABLE, CCM A, CCM B dan HEAVAFIL telah menyahut cabaran yg telah diberikan oleh syarikat penganjur.
Kejohanan telah berlangsung secara ROUND ROBIN dlm jam9pg sehinggalah jam 4ptg.
Keputusan Kejohanan seperti berikut :
Johan - MAYBANK
N. Johan - HEAVIFIL
Ketiga - PERNEC (my team)
Keempat - NORTH PORT
Kelima - CCM A
Keenam - CCM B
Ketujuh - CABLE
Semangat kesukanan yg diberikan telah melancarkan lagi hari kejohanan tersebut.
semangat berpasukan
My Team
Berdebar nak lawan nie
Me n My Friend (Penyokong Setia)
Bersedia nak smbt bola
Semua Team Yg Terlibat
salam
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Jul-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aktiviti Mingguan - Perlawanan Persahabatan Bola Tampar
|
|
Perlawanan Persahabatan Di Tasik Titiwangsa Pd 26/7/08 jam 8.30pg bersama Kumpulan Polis.
Persediaan utk perlawanan bola tampar anak syarikat PNB pada esok hari.
Komitmen yg baik diberikan oleh team kami dan pihak lawan.....
Ini membolehkan lagi kami menambahkan silaturrahim antara kami
Majulah Sukan Utk Diri Sendiri
Tgk Bola Kat Pihak Lawan
My Team
Pihak Lawan (Polis)
Penat dah Masing2
Amin Warm Up...Lepas Nie Nak Msk Ganti Mama Dia
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jul-2008 17:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - 11 Mitos Mengenai Curang
|
|
Tidak Bahagia Di rumah
Ini antara cerita lama yang sering diperdengdangkan oleh setiap org yg mahu curang dengan pasangan mereka. Baik lelaki mahupun perempuan akan mengaku yang mereka tidak bahagia dan mengharapkan simpati dari pasangan curang masing-masing untuk membahagiakan mereka. Perempuan khususnya akan menggunakan mitos ini dan lelaki juga begitu sekali pun tidak sebanyak wanita. 56 peratus leklaki curang mengakui hal yg sama (bermakna mereka memang bahagia.)
Lelaki Lebih Banyak Menipu Dari Wanita
Kalau Zaman dahulu, diakui lelaki mmh lebih banyak curang dari wanita tetapi pd zaman ini, bilangan mereka yg curang adalah sama. Alasan curangyang sering diberikan lelaki, mereka sudah bertemu org yg sesuai dihati malah ia sesuatu yg menyeronokkan. Kebanyakannya bermula sebagai sahabat tetapi kemudian menjadi sebaliknya. Tapi bagi perempuan pula, mereka curang kerana merasa tidak lagi dihargai, pasangan tidak memahami malah merasakan diri diketepikan sebagai ibu dan isteri.
Curang Kerana Seks
Kebnyakan lelaki yang curang semuanya menjurus ke arah hubungan seks. Bagi mereka, perhubungan gelap itu, sesuatu yg menyeronokkan. Samalah seperti pencuri, selagi tidak ditangkap, mencuri itu memang seronok. Tapi apabila ditangkap, ke penjaralah jawabnya.
Tersalah Pilih Pasangan
Antara Sebab kecurangan yg sering kita dengar adalah kerana tersalah memilih pasangan, pasangan yg tidak secocok, tidak memahami sekali gus membuatkan kita mahu melakukan kecurangan setelah berjumpa org yg sesuai. Sepatutnya sebelum berumah tangga, anda perlu memilih org yg benar-benar sesui kerana apabila bertemu dengan org yg sesuai, peluang utk kita melakukan kecurangan sangat rendah sekali.
Curang, bermakna pasangan sudah tidak sayang
Inilah persoalan yg biasa dibangkitkan oleh mereka yg teraniaya. Bagi mereka, pasangan curang kerana sudah tidak sayang kan diri mereka lagi tp sebenarnya bukan itu sebabnya. Pasangan curang kerana mereka sebenarnya sudah tidak menghormati diri anda lagi. Tidak hormati hak anda yg sepatutnya.
Orang Yg Pernah Curang akan curang lagi
Kita selalu memaafkan kecurangan pasangan setelah dia mengakui semua kesalahannya dihadapan kita. sekali pun hati pedih utk mengakui tetapi demi anak2, masa depan dan sebagainya, kita akan memaafkan. Tapi tahukah anda, mereka yg pernah curang, selalunya akan curang lagi. Inilah fakta dan realiti yg perlu anda fikirkan. Timbang-timbangkanlah.
Mengaku Kalau benar anda curang
Selalunya mereka yg curang akan berpura-pura bahawa mereka tidak ada menjalinkan apa-apa hubungan dengan si dia (biasanya berlaku di pejabat). Kalau org tahu anda curang dan kalau perhubungan itu belum sampai ketahap melakukan hubungan seks, lebih baik saja anda mengaku dan putuskan hubungan sedia ada. Kembalilah kepada keluarga. Tapi hal ini patut anda diamkan saja sekiranya tiada yg tahu.
Bukan Satu Kecurangan Kalau Org Tidak Tahu
Kecurangan akan mula tersebar kalau org lain mengetahui hal ini. Terpulang kepada anda, mahu menipu atau pun tidak. Sekiranya anda merasakan hubungan anda tidak salah, maka teruskanlah dan kalau ia salah, hentikanlah agar tidak ada hati yg terluka.
Tiada Hubungan Seks, bukan Curang
Org selalu beranggapan, kalau tiada hubungan seks dilakukan, mereka tidak curang. Tapi tahukah anda, kesakitan emosi itu lebih mendalam berbanding kalau anda melakukan seks. 80 peratus org yg curang bermula sbg sahabat dan seterusnya mula menjalinkan hubungan gelap. 50 peratus wanita melakukan hal ini manakala 62 peratus lelaki juga melakukan hal yg sama. Semuanya bermula sebagai sahabat.
Fantasi Mengenai Seseorg Bermakna Melangkah ke Arah kecurangan
Pakar terapi perkahwinan sering menyarankan pasangan yg sudah lama berkahwin agar berfantasi melakukan hubungan dengan org yg mereka minati. Wanita mgkn boleh menahan gelodak nafsu mereka itu tetapi lelaki apabila disuruh berfantasi utk menyelamatkan perkahwinan, akan cenderung utk merealisasikan fantasi tersebut. Sangat bahaya
Menipu Boleh Mnyelamatkan Perhubungan?
Tahukah anda, org yg curang biasanya beranggapan, ia boleh menyelamatkan sebuah perhubungan sebuah perhubungan rumah tangga mereka. Tetapi itu sebenarnya cerita org yg mahu menutup kelemahan dan kesalahan diri mereka. Tahukah anda, kecurangan yg anda lakukan akan menghakis rasa percaya dlm diri pasangan anda dan kesan emosinya sgt mendalam. Bagi anda, ia mungkin menyelamatkan keadaan tapi bagi mangsa kecurangan ini, ia sesuatu yg sukar diterima.
Renung2 kan lah
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jul-2008 17:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Citer Kelakar....
|
|
*Lawak sakit jiwa*
*Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.
Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang,agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah
malam. *
*Siwarder penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu
side A, meniarap tu side B la bodoh"*
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jul-2008 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Jenis Rambut
|
|
1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang d! engan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut
10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
xtau nak ckp apa......kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua. ..jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg
Apa jenis rambut anda???
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jul-2008 13:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Tanda-tanda Awal Kanser
|
|
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
( Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
( Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan
kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Mangga boleh mengelakkan kanser
Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat <?xml:namespace prefix = st1 ns = "
urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia.
Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin juga dari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlis dan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.
Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai.
Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, dari segi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan.
Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain.
Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu
zat pemicu kanser.
Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya ia ditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ('cleft method') supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30 darjah C.
Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan kimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas suratkhabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan ('juvenile phase') dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang ('ripening stages').
Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21 darjah C.
Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah.
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok.
lGarlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera.
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic.
Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
Kucai-Allium Tuberosum
Amat terkenal dikalangan masyarakat cina diseluruh dunia dan kedatangan orang-orang cina ke Tanah Melayu berkurun dulu telah mempopularkan sayur kucai yang dulunya amat asing bagi masyarakat melayu lama. Berasal dari negara China dan dipercayai telah ditanam dan digunakan seawal tahun 200SM lagi walaubagaimanapun kucai tumbuh meliar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai kini sudah mula ditanam secara komersial terutama di Jepun,Korea,China,India,Amerika Syarikat,Asia Tenggara dan Nepal. Sayur kucai banyak digunakan di dapur Eropah dan Amerika sebagai bahan campuran dalam masakan oriental seperti telur, salad dan sup.Kucai tersenarai sebagai keluarga Liliaceae,merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh
secara rumpun. Dikenali juga dengan sebutan chive,bawang ganda dan gow choy,kucai termasuk dalam tanaman bebawang. Tanaman ini bergerombol seperti tanaman padi yang baru tumbuh. Kucai tumbuh secara rumpun dengan daunnya berukuran antara20-40sm,mempunyai bunga yang ukurannya hampir sama panjang dengan daun.Bunganya tumbuh dalam bentuk jambakdimana setiap jambak mempunyai bunga kecil bewarna putih keungguan dan bentuknya pipih,padat dan tidak berlubang.Selain itu kucai juga mempunyai bebawang, namun tidak begitu jelas kelihatan berbanding bawang putih atau bawang merah.Sayur kucai hidup subur diatas tanah gembur mengandungi humus dengan PH 5.5-6.5 dan memerlukan air yang banyak untuk subur.Senang
ditanam dan boleh tumbuh dengan mudah diatas batas dihalaman rumah.
Seperti tumbuhan herba yang lain,kucai juga kaya dengan nilai nutrient dan zat pemakanan.93% terdiri dari air, sementara selebihnya terdiri daripada 2.8% kaborhidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak dan 0.9 peratus serat selain itu kucai jug kaya dengan zat karotena dan vitamin C. Dengan kandungan nilai pemakanan yang tinggi, para saintis masa kini melihat kucai berpotensi merawat masalah tumor dan knser disamping dapat merawat penyakit usus dan gigi. Kandungan karotena dan vitamin C yang tinggi dalam sayur kucai menyebabkan kucai diikhtiraf sebagai sayur anti-tumor dan dibuktikan oleh pakar perubatan terutama di negara China dapat memerangi tumor dalam badan manusia. Pakar perubatan China menggunakan air rebusan kucai bagi melancarkan
peredaran darah dan membersihkan darah dari toksin. Selain itu kucai juga dilihat berupaya memelihara dan menjaga kesihatan buah pinggang dimana kucai berupaya mengawal perimbangan
kandungan garam dan air dalam badan dan ini penting bagi buah pinggang sebagai organ perkumuhan terpenting dalam organ kita. Kucai juga dikatakan mampu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Bagi masyarakat Thai pula, biji kucai digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat sakit gigi.Bagi wanita yang baru melahirkan anak disaran memakan kucai bersama ikan bilis dimana gabungan kedua-dua makanan ini mampu menambahkan pengeluaran air susu. Selain itu kucai sering digunakan oleh petani sebagai bahan untuk menentang serangga perosak sayuran.Caranya mudah dengan menyeduhkan daun kucai yang kemudiannya didinginkan sebelum disaring.Air saringan ini dikatakan mampu membanteras hama yang biasa menyerang tanaman sayur mentimun. Walaupun semakin mendapat tempat diseluruh dunia namun disebabkan kucai mempunyai bau dan bau ini meninggalkan kesan pada mulut dan pernafasan kucai masih ketinggalan berbanding dengan daun bawang dan daun saderi yang masih menjadi pilihan utama masyarakat dunia.
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan
yang inginkan zuriat. Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang
sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin
HABBATUS SAUDA
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati" Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya. Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ..... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu
menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Jul-2008 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kongsi Bersama - Cinta Seorang Suami...
|
|
Based on True Story..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata: "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya.. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat...
"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........ bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .
Kisah yang wajar kita teladani.
|
|
|
|
|