Want your
own Fotopage?








 
Qaseh Ieda Eyka Ieera

By: Qaseh Hidayah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 22-Jul-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - ( Klinik Lelaki )

MENGURUS TEKANAN ELAK KEMUDARATAN

1.Pilih Untuk gembira
Anda berupaya untuk menjadi hari-hari anda gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang kea rah lebih positif.

2.Sentiasa Bersyukur
Tidak ada kesudahannya jika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknyapula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

3.Menjadi Pemaaf
Berfikiran negative, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara utk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan org lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah. Berusaha utk lupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengukitnya semula.

4.Lawan Pemikiran Negatif
Anda perlu mengenal pasti pemikiran negative supaya ia boleh dikawal. Tepis pemikiran negative dan cari sifat positif di sebaliknya.

5.Tambah Sahabat
Bahagianya jika mempunyai sahabat baik yg sentiasa mengambil berat mengenai anda. Walaupun anda lelaki, tidak salah jika mempunyai sahabat baik untuk berkongsi cerita. Anda pakar berpendapat, bersikap individualistic antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan.

6.Lemparkan Senyuman
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang ppositif

7.Berbuat Baik
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yg dihulurkan, ia akan membuatkan si penerima akan gembira.

8.Gembira Jauhi Penyakit
Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit mempu diubati dengan kegembiraan. Individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar penyembuhan. Maka tidak hairanlah apabila kumpulan sokongan yg membabitkan pesakit,bekas pesakit,keluarga,rakan dan kakitangan perubatan berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit.

9.Sertai Aktiviti
Pilih aktiviti yg menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manfaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan menjadi sukarelawan. Melalui cara ini, anda dapat menambah kenalan dan belajar banyak perkara baru.

10.Bukan Mengenai Wang
Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

11.Berilah Pujian
Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga dan rakan-rakan. Juga berterima kasih atas bantuan yang mereka hulurkan. Pujian boleh merangsang kepada banyak perkara baik seperti menjadi lebih bersemangat.

12.Terima Dugaan
Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka. Ia membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

13.Dekatkan Diri Dengan Agama
Ketenangan yang hakliki hanya boleh diperoleh dengan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Apabila anda berasa susah hati atau dalam kesukaran, ingat bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-nya.

14.Bersenam
Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang dan kajian mendapati senaman mampu mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, ia mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.

Care to comment?


Monday, 21-Jul-2008 18:32 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Citer Kelakar....

Kat bawah nii ada satu kisah kelakor yang diciterkan oleh sorang
pompuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Citer
dia gini...

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat aje aku
Suka balik umah.. pasal
masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu
Hujan dengan lebatnya... So? aku tumpang office mate aku sampai depan
umah.

Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak
Amik aku pukul 2.30 petang...

Hujan
kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku
mandi dan semayang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi
datang amik aku. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak
sampai sampai lagi...office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan
punyerlah lebat... so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..

Sampai aje kat keta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan.
aku toleh kat sebelah... Ler... rupanya orang lain!!!! aku tengok orang
tu..orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... saper ni?! Camana aku boleh silap ni... abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar.. aku dengan muka macam kerang
Busuk berkata,"Err. . bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu
pun...tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus
angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing
masih gabra lagi.. aku lagi ler gabra. EnTah keter sapa aje aku
main redah. aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan
taik... aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku
tak pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap tima
kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila
kakak tu sampai dia tanya aku, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu
punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi
itu cerita 3 tahun lepas... skang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah
jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata
masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. aku pun
tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata
dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau
tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai skang ni.. dia masih
ejek aku lagi pasal perisitwa kureng tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku
yang sowang nih? ihiks!!
Moral drp citer ni : tumpang jer mana2 balak yg ada keta untung2 buleh buat laki....

eija pernah gak la terjadi kes ni tapi tak ader la sampai nak duduk dalam keta...just baru nak buka pintu keta aderla..ahaks.... Fri 8-Aug-2008 01:58
Posted by:eija shalizashukri@yahoo.com
Add comment


Monday, 21-Jul-2008 18:30 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Nama Anda Dlm Bahasa Jepun

Dear all,

Fill in your name in Japanese (refer to table below) and send it to all of your friends including the person who sent it to you to show how crazy it looks......
Please delete unnecessary text before you send to keep this list clean…
PLEASE PASS IT ON…DON'T SPOIL THE FUN!

PS. I would appreciate it if you called me by my Japanese name in future.


A : ka B : tu C : mi D : te E : ku F : lu G : ji H : ri I : ki J : zu K : me L : ta M : rin N : to O :mo P : no Q : ke R : shi S : ari T : s U : do V : ru W : mei X : na Y : fu Z : zi


Cuba tgk nama anda......apa erk! he3

Care to comment?


Monday, 21-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - udah lah wahai suami.....cukuplah sorg jer..

Renungan untuk suami yg berangan nak pasang dua...

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-
sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap
pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin
dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Tentang
makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik
teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana
cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka
kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah
tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana,
hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam
zaman umur 20-an dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye
lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang
kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak,
kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain
Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun
mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton
atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang'
dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik
motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah
motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam
nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda,
terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti
ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah
tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ...
nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni
kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar,
hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan
masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin
lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi
di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah
isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience
dengan isteri pertama - bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan
sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik
terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby
mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru
bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita
dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak,
nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak
kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua
baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih
silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak
tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu
dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri
pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan
mata.

Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah
senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula
dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri
tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun
terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya
bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain.
Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat
bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam
nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab
menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

- suami orang-

salam hidayah
nanti jika dah tiba masanya nak berumah tangga just call me k. abg bagi baik nya harga untuk kamu
dinyraof.fotopages.com
Mon 21-Jul-2008 05:48
Posted by:suhaimi suhaimisabli@gmail.com
cerita yg bagus utk dikOngsi bersama.... Mon 21-Jul-2008 06:17
Posted by:yaR-t  - [Link]
good info...pedoman untuk semua pasangan suami isteri...salam kenal dari ct @cinta di love lane... Mon 21-Jul-2008 06:58
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 20-Jul-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Futsal I-Metro

me n kak Roha
smile
Hari ini saya menyertai perlawanan futsal i-metro sebelah selatan...nie kat Xtreme Soccer, Johor
Perlawanan yg bermula dr pagi sehingga ke ptg...tapi team kami balik awal sbb dah awl kalah...he3


Tapi yang best nyer hari nie walaupun saya kalah tapi sy dapat jmp kawan chatting iaitu kak Roha....beshhhnyer...happening.....mmg tak sia-sia la dtg dr jauh. kak Roha nie org Johor, dah nak p bertugas sanggup singgah sekejap sebab nak jmp adinda dia nie...tak nak sia2 kan waktu yg ada....he3

tgk lah gambar kami nie dah menunjukkan kegembiraan yg terpancar dirupa paras kami yg cute nie..he3

cayang kak ha




Care to comment?


Thursday, 17-Jul-2008 15:45 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Bila Bersama

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.


Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan


sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Quote WK: "Apa yang kita buat dari pukul 8.00-500 petang, ia adalah
untuk menampung hidup kita....untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang
kita buat selepas pukul 5.00 petang" - anonymous

salam
awak ni penulis ye... banyak ideal awak.
http://dinyraof.fotopages.com
Thu 17-Jul-2008 10:03
Posted by:suhaimi suhaimisabli@gmail.com
nanti kalau nak kahwin bagitahu la.. abg bagi baik punya harga k
http://dinyraof.fotopages.com
Thu 17-Jul-2008 10:37
Posted by:suhaimi suhaimisabli@gmail.com
Salam perkenalan.
Saya sangat tertarik dengan bahan yg disajikan
Thu 17-Jul-2008 18:03
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 17-Jul-2008 15:30 Email | Share | | Bookmark
Pengetahuan Wanita - 2 Tabiat Bawa Ke Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
>
> Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
>
> dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
> untuk
> kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
> Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
> SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah
> seperti berikut:
>
> "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
> Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
>
> Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
> demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
>
> Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
> menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
>
> 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
> 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
>
> Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
> 1. Banyak beristighfar
> 2. Banyak bersedekah.
>
> Keterangan:
> Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
> bawah:
>
> Contoh 1
> Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
> akibat
> geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
> agaknya."
> Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
> memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
> hatta suami pun kena sumpah.
>
> Contoh 2
> Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
> ni jugak nak habis."
> Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
> mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
> ditunaikan oleh suami.
>
> Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
> yang
> kurang faham
> suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
> isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi
> di
> suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
> maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
> awak"
> (Terjemahan langsung dari Arab).
>
> [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
> perkataan seperti berikut:
> "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
>
> Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
> saya
> tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
> pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
> menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
>
> menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
> api neraka seperti yang disebutkan tadi.
>
> Fadhilat beristighfar:
>
> a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
> sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
> Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
> SAW
> menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
> melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
> target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
> amalan-amalan harian kita.
>
> b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
> dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
> yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
> berdukacita"
>
> c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
> dalam
> bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
> kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
> dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
>
> 1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
> keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
> bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah
> ra,
> isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
> Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
> dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
> Kadangkala
> hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
> Diriwayatkan juga,
> Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
> meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
> Rasulullah
> SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
> perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
>
> 2. Memberi salam.
>
> 3. Memaniskan wajah.
>
> Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
> "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
> syair
>
> Arab yang berbunyi :
> "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
> setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
> bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
> sifat-sifat
> buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
> maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
>
> " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Care to comment?


Wednesday, 16-Jul-2008 17:30 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Apa Punca Anak Derhaka

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Care to comment?


Tuesday, 15-Jul-2008 12:15 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Itulah namanya C.I.N.T.A

bunga rose kesukaan
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu
melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan
yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu, mendekati dan tetap bersamanya?

TULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA.

"lalu, setiap apa yang terucap, adalah sabda si pengemis cinta... tapi
kita tetap menari, menari, cuma kita yang tahu...dan kita kemudiannya berhenti..."


Salam Kak..Banyak info berguna...jgn lupe singgah umah kiter lak tau..... Wed 16-Jul-2008 09:45
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 10:35 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Bersama - Puisi Suami Isteri..

Istriku,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari Ku.
Ingatlah bahtera yg Kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan Ku .
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
Malah Ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
Lain...


***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku,
Andai kau memang mentari,
Sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
Telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
Dan....

Akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur Kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar Kita ,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan

Cuma mancis saja!!!!!

Please lah...!!! hehehe

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.