Want your
own Fotopage?







 
Qaseh Ieda Eyka Ieera

By: Qaseh Hidayah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Aug-2008 17:00 Email | Share | Bookmark
Dunia Lelaki - Kenali ciri-ciri lelaki sejati

MENJADI LELAKI SEJATI APA MAKSUDNYA??LELEKAI SEJATI ADALAHLELEAKI YG PANDAI MENGAWAL EMOSI, BERSIKAP TEGAS, BERDIKARI SERTA BERSIKAP AKTIF. SEBENARNYA WANITA SANGAT MENGIDAMKAN LELAKI YG MENPUNYAI SIKAP SEBEGINI KERANA MEREKA MERASAKAN DIRI MEREKA SELAMAT BILA BERASA DISISI. TAHUKAH ANDA, APABILA ANDA MEMULAKAN SALAM PERKENALAN, BANYAK KRITERIA YANG DIPANDANG OLEH SEORG WANITA KEATAS DIRI ANDA??

Sekali pun bukan semua begitu tetapi anda sebahagian dari mereka mahu memastikan, anda adalah lelaki yg benar-benar layak utk menjadi teman hidup mereka. Jika anda memikirkan kualiti seorg wanita, anda sebagai lelaki juga harus mempunyai kualiti dalam kehidupan.
Mengenali seorg gadis, mengajaknya keluar berdua, memujidirinya,sikap bertanggungjawab dan sebagainya akan membuat seorg gadis jatuh cinta kepada anda. Bila salam perkenalan sudah disambut, anda haruslah bersikap sebagai lelaki sejati. Ini kerana ciri-ciri maskulin itu sangat penting utk wanita menilai diri anda yg sebenar-benarnya

>> KAWAL EMOSI DIRI ANDA

lelaki sekarang bukan seperti lelaki zaman dahulu. Sekalipun begitu masih ada satu persamaan yakni lelaki mmg terkenal dengan sikap romeonya. Bunga bungaan atau coklat adalah barangan yg semakin dilupakan kerana adanya sistem komunikasi yg semakin canggih iaitu penggunaan sistem pesanan ringkas, 3G dan sebagainya. Lelaki sekarang menggunakan kekuatan minda, bersikap rasional dan penuh dgn tanggungjawab. Perlu diingat, lelaki sejati adalah lelaki yg tidak menunjukkan lontaran emosinya secara terus dihadapan seorang wanita sebaliknya akan cuba mengawalnya sebaik mungkin. Biasanya mereka tidak akan bertindak secara melulu sebaliknya bijak mengawal perasaan, pekerjaan yg dilakukan juga agak cermat dan bukannya tergopoh gapah atau kerja asal siap, dalam menjalin sebuah perhubungan, lelaki sejati akan mempunyai sikap adil, buruk dan baik dan tidak cuba menyembunyikan salah satu darinya, malah kalau dia mencintai anda, dia akan menunjukkan betapa mendalamnya cinta mereka terhadap anda. Percayalah, kekuatan emosi, mental dan fizikal akan membentuk diri anda menjadi pujaan ramai wanita, tidak mustahil nama anda akan tersebar luas dikalangan rakan sekerja atau se kolej jika pandai mengawasi emosi.

>>BERSIKAP TEGAS

Ketegasan perlu dalam sebuah perhubungan tetapi bukannya tegas yang membabi buta. Tegas yg tidak kena pada tempatnya akan hanya mencacatkan wajah anda yang tampan dimata seorg wanita. Ketegasan bermaksud, apabila anda membuat sesuatu keputusan, setelah difikirkan baik dan buruknya dalam semua aspek, anda perlu tegas menyatakan pendirian tanpa menukarkannya kemudian. Buatlah satu keputusan dengan baik kerana ia akan menaikkan maruah anda dimata seorg wanita. Keputusan yg dibuat itu, tidak kira ianya besar mahu pun hal yang sangat remeh.
Dalam pasa itu, anda perlu bijak mengawal suara. Jangan kerana begitu bersungguh-sungguh bercakap, org melihat anda seolah-olah berlagak sedangkan anda sebenarnya sedang bersemangat, sesuai dengan ketegasan yg anda miliki itu. Bijaklah menggunakan semua kelebihan yang anda ada dan manfaatkan sebaik mungkin.

>>MAMPU BERDIKARI

Seorg lelaki sejati, adalah mereka yg bolehberdikari. Sikap berdikari ini meliputi aspek, baik dari segi kemampuan, membuat keputusan, pekerjaan, sikap prihatin kepada seorg wanita dan sebagainya. Tahukah anda, wanita mendambakan lelaki yang boleh dianggap sebagai penyelamat mereka dan bukannya lelaki lelaki yang suka mengikis atau menghabiskan duit seorg wanita. Jadilah lelaki "Gentleman" kerana wanita menyukai sifat yg ada pada lelaki macho. Bila anda dianggap sebagai pelindung, nilai diri anda dimata seorg wanita sangat tinggi. Sebaiknya hulurkan bantuan sekali pun perempuan tidak meminta pertolongan. Ini salah satu taktik anda seorg yang boleh dipercayai. Lakukan pelbagai aktiviti bersama khusunya aktiviti luar yang mementingkan aspek fizikal. Kala ini tunjukkanlah sikap berdikari anda dihadapan wanita. Lelaki sejati juga mesti pandai membahagikan masa di antara minatnya dan minat sang wanita. Kalau boleh berikan keutamaan kepada hobi pasangan. Sekali gus nilai diri anda akan tinggi dimata mereka.

>>BERSIKAP AKTIF

Bersikap aktif juga diantara faktor lelaki sejati. Tahukah anda, wanita memang meminati lelaki yang bersikap maskulin? Binaan otot-oto tubuh yg sasa akan memberikan satu kelebihan. Tapi ia buan satu faktor utama kerana lelaki aktif adalah lelaki yang lasak dan juga gemarkan cabaran. Sebenarya anda bukan saja boleh menunjukkan sikap ini diluar tetapi mengemas rumah misalnya jangan hanya mengharapkan pasangan sahaja melakukannya. Jadi sebagai lelaki, anda perlu menunjukkan sikap maskulin anda sekali gus menampilkan ciri-ciri lelaki sejati.

Khas Buat semua Lelaki sejati...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net